Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu by Syed Muhammad Naquib al-Attas Online

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu
Title : Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu
Author :
Rating :
ISBN : 9679400379
Language : English
Format Type : Paperback
Number of Pages : 76

Voltaire pernah berkata bahwa fakta-fakta sejarah yang bersifat runchitan dan yang tiada membawa kepada sesuatu matlamat merupakan kepada sejarah sebagaimana barang-barang angkutan merupakan kepada tentera–yaitu sebagai beban rintangan belaka; kita harus memandang sejarah dengan pandangan semesta, justru sebab akal insan itu sedemikian kechilnya sehingga jikalau dibebani fVoltaire pernah berkata bahwa fakta-fakta sejarah yang bersifat runchitan dan yang tiada membawa kepada sesuatu matlamat merupakan kepada sejarah sebagaimana barang-barang angkutan merupakan kepada tentera–yaitu sebagai beban rintangan belaka; kita harus memandang sejarah dengan pandangan semesta, justru sebab akal insan itu sedemikian kechilnya sehingga jikalau dibebani fakta-fakta yang berunchit itu nischaya akan tertindislah ia.Meskipun tilikan fakta-fakta yang terpenchil itu menunjukkan dan menyatakan perkara-perkara yang benar berlaku dalam sejarah, namun jikalau dilihat dari sudut hiasan permandangan alam sejarah, maka fakta-fakta itu menjadi palsu pula dan merupakan seakan-akan antinomi dalam falsafah sejarah. Kita harus menganggap fakta-fakta yang sedemikian itu sebagai perkataan yang disusun dalam kamus; sungguhpun tiap sesuatu daripadanya menjelaskan kebenaran maknanya, akan tetapi pada keseluruhannya ia tiada mengandung makna sebab penyusunannya hanya berdasarkan pada giliran huruf hurufnya dalam abjad, bukan pada mempersangkut-pautkan konsep-konsep dan perkataan penting yang dapat menayangkan suatu gambaran mengenai pandangan hidup masharakat yang menggunakan bahasa yang diperkamuskan itu. Maka ibaratnya samalah seperti kiasan yang pernah digunakan oleh Macaulay peri pengalaman pengembara Gulliver di negeri Brobdingnag yang didiami oleh manusia-manusia tinggi-besar seperti raksasa.


Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu Reviews

  • ❀ Hana

    Buku ini asalnya dipersembahkan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas sebagai syarahan pengukuhan pelantikan pada jawatan Profesor Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di UKM pada 24 Januari 1972. Pada saya, ia sebuah tulisan yang sangat mencerahkan. Ia mengesahkan beberapa perkara yang saya fikirkan (wujudnya potongan mozek besar yang hilang di dalam pengkajian sejarah falsafah kesusasteraan Melayu-Indonesia) dan pada yang sama memperbetulkan tanggapan salah saya mengenai konsep dan falsafah seni selam [...]

  • Abrar Shafie

    terasa ringan, dibaca berat.aku tak mampu nak bagi 5 bintang, sebab sejujurnya, aku tak dapat garap sepenuhnya isi buku ini.lepas ni perlu biasakan diri baca buku-buku ilmiah kot.apapun, buku ini sangat bagus.buku terbitan ABIM ini asalnya adalah syarahan pengukuhan ketika penulis dilantik menjadi profesor Bahasa & Kesusasteraan Melayu di UKM.Antara yang menarik di dalam buku ini adalah bagaimana penulis menjelaskan, bagaimana dengan kehadiran Islam, bukan sahaja telah memuliakan manusia, ba [...]

  • Naim AlKalantani

    Selesai membaca Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu; oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas.Suatu Mukaddimah mengenai Peranan Islam dalam Peradaban Sejarah Melayu-Indonesia, dan kesannya dalam sejarah pemikiran, bahasa, dan kesusteraan Melayu.Ni baru kali pertama aku nak baca SN Al-Attas. Actually nak cari buku Syed Husein Al-Attas; Intelektual Masyarakat Membangun. Tapi jumpa buku ni dulu Al-Attas dalam buku ini ada menyatakan; Abdullah Munsyi yang telah dianggap sebagai 'Bapak Kesusteraan Me [...]

  • Najibah Bakar

    Salah satu teori sejarah penting mengenai pembentukan Eropah adalah perubahan besar yang dibawa oleh pengaruh Islam, yang mengubah corak politik dan hubungan kebudayaan Eropah. Namun kenapa di Nusantara kita yang Islam, teori sejarah tiba2 lenyap dari memperkatakan peranan Islam yang begitu besar yang telah mengubah jiwa manusianya hingga ke akar umbi. Peranan Islam begitu besar sehingga mampu mencipta sebuah bahasa baru yang dikenali sebagai bahasa Jawi (bukan bahasa Rumi yang membunuh Jawi yan [...]

  • Ahmad Abdul Rahim

    Karya yang benar-benar meruntun jiwa seorang Melayu yang Muslim. Bagaimana agama Islam yang mulia ini telah memartabatkan suatu bangsa yang dahulunya lalai lagi lena dengan faham-faham estetika, sibuk dengan logika gharib Animisme-Hindu-Buddha, lantas sahaja bangkit menjadi suatu bangsa mulia yang kaya dengan faham-faham saintifik, mengisi bahasa bangsa ini sehinggakan sarat dengan pemahaman metafisik dan logik, lalu menuntut bangsa ini agar menggunakan daya akliah dan rasional untuk mengenal Pe [...]

  • Kamalia Ramlan

    Terasa diri sangat kerdil.

  • Nurshafira Noh

    Sekurangnya untuk bacaan kali pertama (yang habis), ada dua hal peribadi yang disuguh ke dalam kepala:1. Tentang kehampaan ilmu. Kehampaan ilmu tentang Islam dan peranan Islam dalam sejarah dan kebudayaan (apa ya beza budaya dan kebudayaan, sebetulnya?) kita sendiri yang lalu membawa kita menderita, sebab sejarah yang selama ini diberikan kepada kita tentang budaya kita adalah banyak tentang kelemahan bangsa.Satu hal tentang kehampaan ilmu ni, nyata memang satu kesedihan; sebab setelah kita hamp [...]

  • Syuk

    this book important in my university

  • Shafiq Razak Rajan

    Aku suka bab kedua terakhirnya, apabila Prof. S.M.N. Al-Attas mengajak kita untuk mengkaji semula keluhuran yang ditinggalkan oleh peradaban Islam di Nusantara, dan untuk memerdekakan semula naratif sejarah yang selama ini telah dijajah oleh para orientalis dalam usaha mereka untuk memperkecilkan Islam.Naskhah nipis ini merupakan syarahan Prof. A-Attas tentang peranan Islam dalam kebudayaan Melayu. Seharusnya, selepas membaca syarahan ini, pembaca patut menelaah bibilografi padat yang diselit pa [...]

  • Akmal A.

    Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu merupakan buku kedua yang aku baca hasil penulisan Syed Naquib. Usai aku membacanya, mengubah pandangan aku dalam melihat sejarah, khususnya sejarah Islam masyarkat Melayu-Malaysia. Kehilangan atau kehampaan tentang sejarah bilanya terbit pemikiran moden dalam kalangan masyarakat Melayu Malaysia-Indonesia aku rasa menyebabkan kita masih lagi meraba-raba mencari jati diri. Sekali lagi, buku ini bagus untuk menyegarkan lagi fikrah dan membuka mata pembaca [...]

  • Khairul Anwar

    Teks syarahan tahun 1972 ini sangat bermakna dari segi mempersembah pada yang tidak mengetahui, kelompongan dalam pengkajian dan pemahaman sejarah Melayu dan kepulauan Melayu-Indonesia yang sangat berkait rapat dengan kebudayaan dan agama Islam.Tetapi, pada hemat saya, gaya bahasa al-Attas agak sukar diikuti dan difahami yang memungkinkan sebahagian pembaca terputus niat untuk menghabiskan teks yang penting ini.

  • Risna

    Hmm I need to read this more than once.

  • Alina Abdullah

    Ada beberapa ruang yang boleh diperbincangkan lagi terutama tentang kesenian.

  • Ira Nadhirah

    Bukan pembaca non-fiction yang baik. Hilang fokus most of the time. Will oral review with dak abang. Maybe discussion will be better.

  • syafiqah

    Membaca buku ini dapat membantu kita mengenal apa erti itu islam dan melayu.dan bagaimana melayu dan islam itu sangat berkaita rapat untuk meluaskan pengaruhnya di kepulauan melayu indonesia.

  • Muhammad Ridwan

    Hati yang hampa tiada mengandung Sejarah Bangsa,Tiadakan dapat tahu menilai hidup yang mulia;Penyimpan Khabar zaman yang Lalu menambah lagiPada umurnya umur berulang berganda-ganda. [1]Buku ni dimulakan dengan bait-bait kata tersebut, yang penulis sendiri tidak dapat mentafsir secara akurat apakah yang hendak Syed Muhammad Naquib Al-Attas (SMNA) sampaikan. Namun penulis cuba untuk mentafsir secara kasar, berbekal dengan kefahaman yang sedikit. SMNA cuba untuk sampaikan bahawasanya satu-satu bang [...]

  • Farid Hayati

    This book is really fascinating. The content was great, very informative. For instance the author gave use a lot of new theories to refute the western-orintalist's views regarding the topic - and he managed to list down all his refutations even though in a very limited methods but still in a way that we would not only understand, but to agree with him throughout his arguments. And for those out there who already read some or maybe few pages of SMNA's writings, don't worry too much. For me this i [...]

  • Syed Mohammad Daniel al-Habsyi

    It was a fact that Islam had heavily affected the nature of Malay culture historically, and we cannot deny the strong relationship between Islam and Malay till this very moment. Tan Sri had immaculately put every historical detail in the speech and it will the most comprehensive Malay history piece for the future.

  • Bastian Hidayat

    Buku yang bagus untuk dibaca, apalagi di masa-masa seperti sekarang ketika membicarakan peran Islam dalam sejarah perkembangan Nusantara dianggap sebagai 'arabisasi'. Masa sebagian besar dari kita tidak sadar bahwa penafikan-penafikan semacam itu adalah bukti kita masih dijajah secara intelektual.

  • K Shah nizamuddin

    Pada saya apa yang penting yang ingin disampaikan oleh prof Naquib ialah perlu kepada penilaian semula pensejarahan negara, bangsa dan bahasa kita supaya lebih alami dan tepat mengikut pandangan alam kita